TAYANGAN GAMBAR

Memaparkan catatan dengan label KOKURIKULUM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOKURIKULUM. Papar semua catatan

PERKHEMAHAN PENGAKAP DAN PANDU PUTERI

Pada 9 - 11 April 2009, seramai 6 orang murid PKBP telah terpilih untuk menyertai perkhemahan persatuan pengakap dan pandu puteri. Perkhemahan tersebut diadakan di kawasan sekolah dan juga melibatkan pelajar dari aliran perdana.


Semua peserta mendengar taklimat sebelum kembara malam


Aktiviti kembara malam diadakan bermula jam 9.00 malam.
Dalam keadaan hujan renyai-renyai, semua peserta dikehendaki mengembara sejauh 7 kilometer mengikut kumpulan masing-masing.



Senaman pagi


Aktiviti masakan rimba
Upacara penutupan perkhemahan dan penyampaian sijil penyertaan serta hadiah.

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU 2009

Acara olahraga Pendidikan Khas peringkat daerah Kuala Terengganu telah dijalankan pada 8 April 2009 di padang SMK Sultan Sulaiman. Ia melibatkan semua sekolah rendah dan sekolah menengah integrasi pendidikan khas bermasalah pembelajaran dalam daerah Kuala Terengganu. Pelbagai acara dipertandingkan mengikut kelas junior (bawah 14 tahun) dan kelas senior (atas 14 tahun). Antara acara-acara tersebut ialah larian 100m,200m, 400m, 800m, 1500m, 4x100m, 4x400m, lompat tinggi, lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru dan rejam lembing. Seramai 10 orang murid dari SMK Panji Alam telah terpilih untuk menyertai kejohanan ini. Mereka ialah Che Muhammad Amzirudin, Mohamad Shahrin, Muhammad Yasser, Muhammad Alif, Syed Muhammad Hanif Al-Idrus bagi kategori junior. Bagi kategori senior pula ialah Jamaluddin, Muhammad Abdul Ayub, Mohamad Akif, Fadrullah dan Nor Fazillawati.


Warming up sebelum acara bermula...

Beberapa orang murid SMK Panji Alam telah menjadi johan dalam beberapa acara.
Jamaluddin- johan lempar cakera dan naib johan lontar peluru senior
Nor Fazillawati- johan lempar cakera dan lompat tinggi senior
Muhammad Fadrullah - johan lompat tinggi senior
Mohamad Shahrin - tempat ketiga untuk larian 200m junior
Muhammad Yasser - naib johan lontar peluru junior

PEMASANGAN KHEMAH


Guru menerangkan kepada murid mengenai fungsi
alatan khemah



4 orang murid memasang khemah berpandukan arahan daripada
guru sambil diperhatikan oleh murid-murid lain.


Murid cuba memasang khemah mengikut kumpulan masing-
masing tanpa bantuan guru

Kumpulan pertama yang dapat menyiapkan khemah

SUKANTARA SMK PANJI ALAM 2009


ACARA STANDING JUMP BAGI MURID-MURID LOW FUNCTION


ACARA LOMPAT JAUH


ACARA LOMPAT TINGGI



ACARA MEREJAM LEMBING

Sukantara bagi murid PKBP telah dijalankan selama 4 hari berturut-turut bermula dari jam 7.40 pagi hingga 9.00 pagi. Antara sukan olahraga yang dipertandingkan ialah lari pecut 50m dan 100m,larian 200m, lompat tinggi, lompat jauh, lempar cakera, lontar peluru, merejam lembing dan standing jump (untuk murid low function). Murid-murid PKBP juga terlibat semasa pembarisan sukantara peringkat sekolah. Para pemenang diberi pingat sebagai hadiah pertandingan.

PERSATUAN PENGAKAP DAN PANDU PUTERI ISTIMEWA






Perjumpaan untuk unit berunifom Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) SMK Panji Alam diadakan pada setiap hari Selasa bermula dari jam 12.30 tengahari hingga 1.30 tengahari. Dua unit berunifom telah dipilih untuk disertai oleh murid-murid iaitu Persatuan Pengakap bagi murid lelaki dan Persatuan Pandu Puteri bagi murid perempuan. Guru penasihat untuk unit berunifom ini terdiri daripada guru-guru PKBP sendiri. Kebanyakan aktiviti dijalankan di dalam kelas. Pelbagai aktiviti telah di susun untuk sepanjang tahun ini..Di antaranya adalah pelbagai jenis ikatan dan perkhemahan.

Perkhemahan Sekolah..







Perkhemahan ini dijalankan di Tapak Perkhemahan Lata Belatan. Ia disertai oleh beberapa pasukan Badan Beruniform daripada SMK Panji Alam. Murid-murid PKBP juga tidak ketinggalan mengikuti perkhemahan ini. Seramai 10 orang murid PKBP telah dipilih untuk menyertai program ini.