TAYANGAN GAMBAR

aktiviti penghasilkan kerangka untuk kursus semi fero


group yang menghasilkan kerangka semi fero untuk tong sampah.

group yang menghasilkan kerangka bagi tapak refleksologi.


kursus semi fero 10-14 April dan 18 April


kursus semi fero kerjasama kolej komuniti kuala terengganu.. seramai 16 org murid pend khas smk panji alam terlibat dengan kursus ini. kursus ini bertempat di kelas PPkibp SMK Panji Alam...
pada 10hb April 2011 satu taklimat mengenai kursus ini telah diadakan di kelas PPIKIBP.. kelas secara praktikal telah diadakan pada 11hb April 2011. tenaga pengajar bg kursus ini ialah En Mat dan En Sabri..

Latihan Mini Marathon 2011







sekitar latihan mini marathon selasa 18 jan 2011

Selamat Tahun Baru 2011

hai semua.. hari ni 2 Januari 2011.. Kalo di ikutkan hari ni adalah hari pertama sesi persekolahan untuk 2011. Memandangkan Malaysia menang piala AFF Suzuki maka dapatlah cuti hari ahad bg negeri yang cuti jumaat n sabtu... berbaloi menyokong pasukan Malaysia... Malaysia Boleh!!!....
Oleh itu sesi pendaftaran bagi kelas pendidikan khas SMKPA pada hari Isnin 3 Januari 2011.... Selamat bertemu !!! Selamat bekerja dengan penuh dedikasi dan gembira...

tahniah


tahniah to ustazah maslina dapat baby baru... baby girl....

gambar sekitar majlis berlangsung

kak syida n kak ana...smile

pengacara majlis
haslida antara yang akan tamat persekolahan
aqila gembira dengan hadiahnya
ni lah hero2 kami
para tetamu

ucapan pengerusi kelab perihatin

Majlis Anugerah dan Jamuan Akhir Tahun Pend Khas SMKPA




pada 14 Nov 2010 lalu telah diadakan hari anugerah dan jamuan akhir tahun pendidikan khas panji alam..( minta maaf lambat keluar story). accara kali ini meraikan murid- murid ppkibpb yang akan tamat persekolahan pada 2010.. antara murid yang tamat persekolahan ada tahun 2010 iaitu narul arif mohd yatim, haslinda harun, mohd jazly jaffary, nor aqila mohamad, jamaluddin zulkifli dan mohd khairul anuar kari.. acara berlangsung dengan meriah n ceria dengan kehadiran ibu bapa..Juru acara pada majlis tersebut diacara oleh murid pend khas iaitu Mohd Aiman Hj Mazlan dan Nor Fazilawati Khairul Anuar Soo.( tahniah buat mereka kerana berani mencuba)

rekreasi ke pantai batu buruk








pada 15 April 2010 buat pertama kali untuk tahun ni kami berpeluang outing ke pantai batu buruk.... pagi yang indah n seronok... lihatlah aksi2 kami ni.....bestkan???/ meh ler cuti2 malaysia ke kuala terengganu....

selamat bertemu di tahun 2010

sudah 24 hari berlalu bagi tahun 2010, belum sempat nak update berita terkini. almaklumlah org kuat blog ni dah berpindah ke kuala selangor....nanti kan berita terkini... untuk guru2 yang baru bertugas di kelas ppki smkpa- selamat bertugas dan untuk cg karimah ismail yang bertukar ke sekolah baru, selamat maju jaya dari kami...cg nazida

PERTUKARAN GURU..


Cikgu Karimah Telah bertukar ke SMK Pengkalan Permatang, Kuala Selangor mulai 1 Disember 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN, PENYAMPAIAN HADIAH DAN SAMBUTAN HARI LAHIR di HOTEL GRAND CONTINENTAL, K.TRG 19 NOV 2009


Penyampaian hadiah untuk murid cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 209



Sambutan Hari Lahir Murid-murid PKBP dari bulan 6-12


Sesi menjamu Selera


Penyampaian hadiah dari murid untuk Cg.Karimah yang akan bertukar ke Selangor

LAWATAN KE TAMAN TAMADUN ISLAM 04/11/2009






Terima kasih kepada Pegawai Pembangunan Dun Bukit Tunggal, Tuan Haji Ismail bin Nik kerana telah menaja lawatan ini. Terima kasih juga kepada pihak TTI kerana telah memberi layanan yang baik kepada kami.

KARNIVAL KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS DAERAH KUALA TERENGGANU








Jabatan Pendidikan Khas Terengganu telah menganjur karnival kokurikulum 2009 peringkat daerah Kuala Terengganu pada 29 Oktober 2009 di SMK Kompleks Seberang Takir. Murid-murid yang hadir berpeluang untuk melihat pameran daripada Pasukan Polis, Bomba dan AADK. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untuk merasa sendiri cara menggunakan pili bomba serta berada di dalam kenderaan bomba. Karnival ini bermula dari pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 12 tengahari.


LAWATAN DR SMK TEMBILA, BESUT (21/10/2009)






Seramai 58 orang ahli rombongan yang terdiri daripada warga PKBP dan PKBD SMK Tembila, Besut telah membuat lawatan ke sekolah kami.